- Lain-lain
Pertunjukan Udara Dubai 2025 Buka Tirai, C919 China Buat Kemunculan Sulung di Timur Tengah

Foto bertarikh 14 November 2025 ini memaparkan pesawat C919 China Southern Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). (Imej oleh China Southern Airlines menerusi Xinhua)
Pertunjukan Udara Dubai yang ke-19 membuka tirainya pada Isnin di Pusat Dunia Dubai, dengan turut menampilkan kemunculan sulung dua pesawat buatan China iaitu C919, lapor agensi berita Xinhua.
Acara yang dianjurkan dengan tema ‘Masa Depan telah Tiba’ selama lima hari itu berjaya menarik lebih daripada 1,500 pempamer, termasuk 440 peserta yang pertama kali menyertai acara tersebut.
Difahamkan, lebih daripada pesawat sedang dipamerkan, merangkumi daripada komersial, ketenteraan, dan jet peribadi; kepada pesawat tanpa pemandu (UAV) dan teknologi penerbangan generasi seterusnya.
Untuk rekod, hampir 100 syarikat China yang berkaitan dengan penerbangan menyertai acara tersebut pada tahun ini.
Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) yang juga pengeluar C919, pada tahun ini menampilkan sebuah pesawat C919 dan sebuah pesawat C909, sementara China Southern Airlines turut membeli sebuah lagi C919.
Kehadiran C919 tersebut secara tidak langsung menandakan kemunculan sulungnya di bumi Timur Tengah, dan COMAC turut berkesempatan untuk mengadakan demonstrasi penerbangan pesawat penumpang buatan China di venue itu.
Kenderaan elektrik yang berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL) dan UAV buatan China juga telah menarik perhatian sejumlah besar pengunjung di pameran penerbangan tersebut, dengan kehadiran keseluruhan pengunjung dagangan seramai 148,000 orang, sekali gus dijangka menjadi yang terbesar dalam sejarah penganjuran acara dua tahun sekali itu.
- Pesawat C919 Tiba di UAE, Sertai Pertunjukan Udara Dubai 2025
- Pesawat C919 Dicat Khas Sambut Sukan Kebangsaan China Ke-15
- Tempahan Kemboja Beli Pesawat C909 Buatan China Jadi Tumpuan Media Asing
- Perkhidmatan Komersial C919 Liputi 16 Bandar Domestik
- China Eastern Perkenal Laluan Baharu Guna Pesawat C919
- Ciri Khas Termaju Bantu C909 Terbang Lebih Tinggi
- Pesawat C919 Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung Shanghai-HK
- Pesawat Penumpang Buatan China C909 Tiba di Brunei
- C919 Diguna untuk Laluan Shanghai-HK Mulai 1 Januari 2025
- Penumpang Pesawat C919 Buatan China Cecah 1 Juta




