Aroma Tenusu, Pencetus Inovasi di Mongolia Dalam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 Februari 2026

Foto bertarikh 19 Januari 2026 ini menunjukkan buah hawthorn cucuk bersalut gula yang dibuat dengan “naipi” atau kulit susu tradisional Mongol, di pekan Galutu di Wushen Banner, bandar Ordos, wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto oleh Wang Dongxu/Xinhua)

Foto bertarikh 19 Januari 2026 ini menunjukkan buah hawthorn cucuk bersalut gula yang dibuat dengan “naipi” atau kulit susu tradisional Mongol, di pekan Galutu di Wushen Banner, bandar Ordos, wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto oleh Wang Dongxu/Xinhua)

Walaupun buah haw bersalut gula berbalut “naipi” (kulit susu tradisional Mongol) kini tular di media sosial, punca demam kulinari ini jauh di tengah-tengah padang rumput wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China.

Di pekan Galutu yang letaknya di Wushen Banner, makanan istimewa dari purbakala ini sudah menjadi ramuan stimbot, kopi, dan kuih bulan, merancakkan lagi sebuah rantaian perindustrian yang dinamik.

Pada pukul 7 pagi, Batu yang bekerja sebagai gembala dengan hati-hatinya mencabut selapis kulit susu berwarna kuning pucat dari permukaan susu segar. Lapisan lemak ini, yang terhasil daripada hampir dua kilogram susu, merupakan sajian paling utama dalam sarapan orang Mongol.

Tidak jauh dari situ, kedengaran bunyi jentera moden di Bengkel Pemprosesan Tenusu Minxin. “Tempahan masuk tanpa henti,” kata Bayinnamuri, ketua bengkel. “Kami kini memproses kira-kira dua tan susu segar setiap hari untuk menghasilkan lebih 2,000 keping kulit susu.”

Peningkatan populariti kulit susu bukannya suatu kebetulan. Memandangkan pengguna yang prihatin akan kesihatan mencari makanan semula jadi yang tinggi protein, Galutu telah merebut peluang ekoran trend ini.

Sejak 2022, pekan itu telah melaksanakan projek rantaian perindustrian sistematik. Di sebelah huluan, kemajuan telah dilihat dari segi pengeluaran makanan dan kualiti lembu. Hasilnya, pengeluaran susu tahunan telah melonjak daripada 817,000 kilogram pada 2022 kepada hampir 5 juta kilogram.

Inovasi telah menjadikan pekan itu sebuah “makmal rasa”. Galutu telah melancarkan pelbagai pertandingan tenusu kreatif, yang membawa kepada satu gelombang hidangan “fusion”. Usahawan, Xing Heli mencipta semula manisan tradisional “tanghulu” dengan gabungan kulit susu berinti buah-buahan dan yogurt bru sejuk, yang laris dijual setiap hari.

“Produk-produk yang inovatif ini menyesuaikan makanan tenusu tradisional dengan kehidupan moden,” kata Wang Minjing, timbalan ketua Galutu.

Strategi pekan tersebut mengintegrasikan penanaman, penternakan, pemprosesan, penjualan dan pelancongan. Pengunjung dapat melawat ladang ternak, cuba membuat kulit susu, dan merasai snek-snek yang inovatif.

Dengan mencabar rekod dunia dan mengehoskan acara pesta, pekan tersebut sedang mengukuhkan “naipi” sebagai IP kebudayaan teras.

“Langkah kami yang seterusnya ialah memperkasakan rantaian melalui penyelidikan dan pembangunan,” ujar Wang. “Sasarannya adalah untuk membawa aroma pandang rumput sehingga ke pasaran yang lebih luas.”

Orang ramai menyertai pertandingan artisan “naipi” atau kulit susu tradisional Mongol di Wushen Banner, bandar Ordos, wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China, 28 November 2025. (Foto oleh Wang Dongxu/Xinhua)

Orang ramai menyertai pertandingan artisan “naipi” atau kulit susu tradisional Mongol di Wushen Banner, bandar Ordos, wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China, 28 November 2025. (Foto oleh Wang Dongxu/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan