China Sedia Dorong Penyelesaian Isu Nuklear Iran

(CRI)Jumaat 06 Februari 2026

Penolong Menteri Luar China Liu Bin menerima kunjungan Timbalan Menteri Luar Iran bagi Undang-Undang dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kazem Gharibabadi di Beijing pada Khamis.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan situasi terkini isu nuklear Iran.

Dalam pertemuan tersebut, Liu berkata China menyokong hak sah Iran untuk menggunakan tenaga nuklear secara aman, sambil ambil maklum pendirian Iran yang berulang kali menegaskan bahawa negara itu tidak berniat untuk membangunkan senjata nuklear.

Justeru beliau berkata, China akan terus bersama masyarakat antarabangsa menggalakkan penyelesaian isu nuklear Iran menerusi dialog dan rundingan secara konstruktif.

Sementara itu, Gharibabadi memuji pendirian objektif dan adil China berhubung isu nuklear Iran dan bersedia mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan China.

Video

Berita Berkaitan