- Lain-lain
Wang Yi Berbincang dengan Menteri Luar Iran
China menentang sebarang cubaan untuk mengenakan kehendak sendiri ke atas negara lain atau membawa dunia kembali kepada undang-undang rimba.
Pendirian itu dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi menerusi panggilan telefon pada Khamis.
Wang berkata China berpendirian konsisten dalam mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, dan menentang sebarang bentuk ancaman atau penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.
Kerajaan dan rakyat Iran diyakini akan bersatu padu bagi mengatasi kesulitan, mengekalkan kestabilan negara serta melindungi hak dan kepentingan sah sendiri, ujar beliau.
Wang turut menyuarakan harapan supaya pihak-pihak terbabit kekal bertenang dan menahan diri bagi menyelesaikan perselisihan menerusi dialog, sambil menambah bahawa China bersedia memainkan peranan yang konstruktif dalam hal itu.
Dalam perbincangan itu, Araghchi berkata Iran sudah bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap campur tangan luar, sementara pintu dialog masih terbuka.
Beliau juga menzahirkan harapan supaya China dapat memainkan peranan lebih besar dalam usaha memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian
- Xi Zahir Ucapan Takziah atas Letupan Dahsyat di Iran
- Wang Yi Bentangkan Lima Perkara tentang Isu Nukear Iran
- China, Rusia dan Iran Tegaskan Dialog Satu-satunya Pilihan Berkesan bagi Isu Nuklear
- Pertemuan China-Rusia-Iran di Beijing, Kemajuan Terkini Isu Nuklear Iran
- Menteri Luar China, Iran Adakan Rundingan di Beijing
- Menteri Luar Iran Buat Lawatan ke China
- "Gemilang Parsi Purba - Pameran Khazanah Budaya Iran" Dibuka di Xinjiang
- Naib PM China Lawat Iran Mulai Hari ini
- Xi Bertemu Presiden Iran




