Xi Tinjau Usaha Inovasi Teknologi di Beijing

(CRI)Isnin 09 Februari 2026

Presiden China Xi Jinping mengadakan tinjauan ke taman inovasi teknologi maklumat yang terletak di Yizhuang, bandar Beijing pada pagi Isnin.

Beliau dimaklumkan mengenai pengaplikasian dan inovasi teknologi maklumat serta usaha Beijing dalam mempercepat pembangunan pusat inovasi sains dan teknologi antarabangsa.

Xi juga meluangkan masa untuk melihat sendiri hasil inovasi sains dan teknologi, selain beramah mesra dengan ahli penyelidik dan ketua syarikat sains dan teknologi.

Video

Berita Berkaitan