Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Costa Rica

(CRI)Sabtu 07 Februari 2026

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Laura Fernandez, Presiden terpilih Costa Rica pada Khamis.

Xi berkata, China dan Costa Rica telah menyaksikan perkembangan hubungan dua hala yang pesat serta pertukaran dan kerjasama yang produktif dalam pelbagai bidang, sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara dijalin 18 tahun lalu.

"Saya menumpukan kepada perkembangan hubungan China-Costa Rica, dan bersedia untuk berusaha bersama Presiden Fernandez untuk memperkukuh komunikasi strategik, terus memupuk rasa saling percaya antara negara, memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong hubungan kedua-dua negara terus berkembang berdasarkan prinsip Satu China demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," kata Xi.

Video

Berita Berkaitan