- Lain-lain
China Jayakan Misi Pertama Menyelamatkan Kapsul Kapal Angkasa Bermanusia di Laut
Kapal angkasa bermanusia Mengzhou China berjaya dihantar balik ke Bumi dengan dijatuhkan ke permukaan laut dalam ujian penerbangan demonstrasi udara rendah bagi sistem roket pembawa Long March-10 dan ujian penerbangan tekanan dinamik maksimum bagi sistem badan kapal angkasa itu pada Rabu.

Dalam pada itu, satu pasukan penyelamatan maritim turut menjayakan tugasan pencarian dan menyelamat, dengan menempatkan semula kapsul terbabit pada pukul 12:20 tengah hari Rabu.

Ini adalah kali pertama bagi China melaksanakan tugasan pencarian dan menyelamat di laut untuk kapal angkasa yang dihantar balik ke Bumi, yang dipercayai boleh membantu menimba pengalaman penting bagi misi aplikasi dan pembangunan stesen angkasa selanjutnya serta misi pendaratan bulan bermanusia pada masa hadapan.

Menurut maklumat Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), kapal angkasa bermanusia Mengzhou digunakan untuk misi penerokaan bulan bermanusia, sambil menyokong operasi stesen angkasa dekat Bumi. Kapsul kapal angkasa yang dihantar balik tersebut dilengkapi reka bentuk untuk kegunaan kitar semula.
- Kapal Angkasa Li Hong-1 Selesai Ujian Penerbangan Suborbit Pertama
- China Kendali 92 Misi Pelancaran Angkasa pada 2025
- Kapal Angkasa Bermanusia Generasi Baharu China Lengkapkan Ujian Penerbangan Kecemasan Beraltitud Sifar
- China Perdalam Kolaborasi Antarabangsa, Mahu Majukan Penerokaan Angkasa Jauh
- CMSA Umum Nama Sut Angkasawan dan Kenderaan Eksplorasi Bulan
- Angkasawan China Selamat Pulang ke Bumi, Kongsi Pengalaman Menarik di Angkasa Lepas
- China Berjaya Lancar Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-19
- China Sasarkan Pendaratan Angkasawan di Bulan Menjelang 2030
- China Bersedia Lancarkan Kapal Angkasa Berawak
- China Lengkapkan Ujian Penyalaan Enjin Cecair Tujahan Terbesar




