Kapal Angkasa Li Hong-1 Selesai Ujian Penerbangan Suborbit Pertama

(CRI)Selasa 13 Januari 2026

Lihong-1 Y1, kapal angkasa yang direka untuk pelancongan angkasa berjaya menyelesaikan ujian penerbangan suborbit di barat laut China, pada Isnin.

Menggunakan sistem penggunaan semula paracut, capsul muatan kapal angkasa itu selamat mendarat di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan.

Ini merupakan ujian pengembalian penerbangan suborbit 100 kilometer menggunakan paracut pertama bagi angkasa lepas komersial di negara ini.

Kapal angkasa Lihong-1 Y1 yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa China, CAS Space, boleh sampai altitud kira-kira 120 kilometer. Ia mempunyai kelebihan seperti kos pelancaran yang rendah, fleksbiliti yang tinggi, dan boleh mendapatkan semula muatan ujian.

Video

Berita Berkaitan