- Lain-lain
Xi Terima Ucapan 'Selamat TBC 2026' dari Sejumlah Pemimpin Asing
Presiden China, Xi Jinping telah menerima ucapan 'Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) 2026' dari sejumlah pemimpin negara asing yang juga mendoakan kesejahteraan untuk rakyat China.
Presiden Rusia, Viladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Presiden Xi, dan menyatakan bahawa tahun lalu telah menyaksikan perkembangan yang baik dalam Perkongsian Strategik Komprehensif Era Baharu kedua-dua negara dan kerjasama yang produktif. Selain pelbagai projek mega yang berjalan lancar, dasar pengecualian visa yang sudah berkuatkuasa antara satu sama lain dan penganjuran aktiviti Tahun Kebudayaan pada tahun yang lalu, aktiviti 'Tahun Pendidikan Ruisa-China' juga akan dilancarkan pada tahun ini. Beliau berharap semoga rakyat China bahagia, sihat dan dikurniakan kesejahteraan.
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan pihaknya bersedia memperluas kerjasama dengan China, berusaha bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib Brazil-China.
Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Mohammed amat menghargai hubungan persahabatan antara kedua-dua negara, dan bersedia bekerjasama dengan China untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Presiden Laos, Thongloun Sisoulith menyatakan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan China untuk menganjurkan siri aktiviti sambutan ulang tahun ke-65 ikatan diplomatik Laos-China dan Tahun Persahabatan Laos-China, membina komuniti berkongsi nasib Laos-China yang berspesifikasi tinggi, berkualiti tinggi dan bertaraf tinggi.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Xi Hadir Majlis Resepsi TBC 2026 di Beijing
- Pasar Seluruh China Sibuk Dengan Persiapan TBC
- Pelbagai Acara Diadakan di Merata China Sempena TBC
- Kedutaan China di Thailand Anjur Majlis Sambutan TBC
- Pemimpin Parti dan Negara Ziarahi Pegawai Kanan Veteran Menjelang TBC
- Kereta Api Perlahan Jadi ‘Bazar Tahun Baharu’ Bergerak
- Kedutaan China di Filipina Anjur Majlis Sambutan TBC
- TBC Serlah Tarikan Budaya China
- 6 Bandar China Wajib Lawat pada TBC 2026
- Xi Ucap Selamat TBC 2026 kepada Rakyat Seluruh Negara