Jepun Tidak Layak Menuntut Kerusi Tetap Majlis Keselamatan PBB

(CRI)Sabtu 21 Februari 2026

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam telah mengadakan rundingan antara kerajaan mengenai "pembahagian kerusi yang saksama dan penambahan jumlah keahlian Majlis Keselamatan" serta isu-isu lain yang berkaitan dengan Majlis Keselamatan.

Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong sekali lagi menegaskan bahawa Jepun yang enggan membuat refleksi terhadap sejarah pencerobohannya, sebaliknya secara terang-terangan menginjak-injak tata tertib antarabangsa pasca perang, dan mencabuli kedaulatan negara lain sehingga membawa ancaman baharu kepada keamanan dan kestabilan serantau. Negara sebegini sama sekali tidak layak untuk menuntut menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Dalam ucapannya mengenai isu pembaharuan Majlis Keselamatan PBB, Fu Cong telah mengemukakan tiga pandangan.

Pertama, Majlis Keselamatan PBB tidak sepatutnya dijadikan "kelab" negara besar atau kaya. Pembaharuannya tidak boleh dilaksanakan hanya demi manfaat segelintir negara.

Kedua, kerelevanan dan suara negara- negara membangun mesti ditingkatkan dalam bidang yang substantif, dengan membenarkan lebih banyak negara kecil dan sederhana yang mengamalkan dasar luar yang bebas menganggotai Majlis Keselamatan PBB.

Ketiga, pembaharuan tidak boleh hanya terhad kepada landskap dunia semasa, tetapi perlu merangkumi wawasan strategik dan berpandangan jauh.

Video

Berita Berkaitan