Singapaura Adakan Upacara Memperingati Mangsa Awam yang Terkorban Semasa Zaman Pendudukan Jepun

(CRI)Rabu 18 Februari 2026

Upacara memperingati mangsa awam yang terkorban semasa zaman pendudukan Jepun anjuran bersama Persatuan Dagang & Industri Cina Singapura dan Jabatan Pendidikan Rakyat Pusat di bawah Kementerian Pertahanan Singapura diadakan di hadapan Tugu Peringatan Rakyat yang Terkorban semasa Pendudukan Jepun di pusat bandar Singapura pada pagi Ahad.

Antara yang hadir bagi upacara tahun ini seramai kira-kira 500 orang termasuk tokoh-tokoh sektor politik, tentera, dan perdagangan Singapura, Duta Besar China ke Singapura Cao Zhongming, serta pegawai diplomatik negara lain, veteran Tentera Singapura, keluarga mangsa dan wakil pelajar.

Menteri Pendidikan Singapura, Desmond Lee dalam ucapannya menyifatkan masa pendudukan itu sebagai satu tempoh yang amat sukar dan menghiris hati.

"Berpuluh-puluh ribu rakyat Singapura dibunuh oleh tentera Jepun dalam tembakan senapang mesin, beribu-ribu orang pula terpaksa dikerah untuk membina kemudahan ketenteraan, dan banyak keluarga kehilangan orang tersayang.

"Kita tidak sepatutnya, dan tidak akan sekali-kali melupakan sejarah yang menghiris hati ini," kata Desmond Lee.

Video

Berita Berkaitan