Muzium Sains China Terima 3.5 Juta Pelawat Cuti TBC

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 24 Februari 2026

Kanak-kanak seronok melihat alat eksperimen sains di sebuah muzium sains dan teknologi di Taizhou, provinsi Jiangsu, timur China, 6 Februari 2026. (Foto oleh Yang Yugang/Xinhua)

Kanak-kanak seronok melihat alat eksperimen sains di sebuah muzium sains dan teknologi di Taizhou, provinsi Jiangsu, timur China, 6 Februari 2026. (Foto oleh Yang Yugang/Xinhua)

Muzium sains dan teknologi di China telah menerima lebih 3.5 juta pelawat pada tempoh cuti sembilan hari sempena Tahun Baharu Cina dengan tawaran pameran sains yang mengintegrasikan pengetahuan, keseronokan dan pengalaman budaya kepada orang ramai, menurut Muzium Sains dan Teknologi China (CSTM) di Beijing, Isnin.

CSTM sendiri menerima lebih daripada 200,000 pengunjung dengan acara-acara bertemakan sambutan Tahun Kuda. Muzium lain di merata negara pula dilaporkan telah menyesuaikan aktiviti masing-masing dengan keadaan setempat, dengan pelancaran berbagai-bagai acara bertemakan sains yang menggabungkan budaya zodiak Cina, warisan budaya tak ketara dan teknologi termaju.

Menurut CSTM, pihaknya akan mempelopori usaha muzium seluruh negara untuk terus menginovasikan cara-cara mempopularkan sains, di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih baik pada 2026, agar memperkukuh asas kemandirian negara dalam bidang sains dan teknologi.

Video

Berita Berkaitan