Ekonomi PKS China Beroperasi Mampan pada 2025

(CRI)Rabu 25 Februari 2026

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beroperasi secara mampan di China pada tahun 2025, memperlihatkan daya tahan perkembangan yang kuat, sekali gus muncul sebagai tonggak utama yang memacu pertumbuhan industri di negara Tembok Besar.

Menurut statistik Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), nilai tambah PKS yang bersaiz besar menyaksikan peningkatan sebanyak 6.9 peratus pada tahun 2025. Industri pembuatan kelengkapan mengekalkan pertumbuhan nilai keuntungan yang pesat, antaranya sektor kelengkapan elektronik komunikasi komputer menokok 49.1 peratus, kelengkapan kereta api, kapal, penerbangan dan aeroangkasa meningkat 22.8 peratus, dan pembuatan automobil meningkat 11.8 peratus.

Untuk rekod, indeks pengeksportan PKS China mececah 52.4 peratus pada Disember 2025, mengekalkan pertumbuhan selama 21 bulan secara berturut-turut.

Video

Berita Berkaitan