Pengurusan Tanaman Musim Bunga Makin Pintar di Henan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 28 Februari 2026

Petani memasang talian pengairan titis di ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Petani memasang talian pengairan titis di ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Feng Qinyuan, 36, duduk di dalam kereta sambil mengetik telefon pintarnya. Tiga kilometer dari situ, injap pengairan titis merentasi lebih 300 mu (20 hektar) tanah ladang berstandard tinggi dibuka satu demi satu, lalu menyemburkan air di ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China.

Bapanya, Feng Yunzhe, 58, bertanya, “Berkesankah cara ini kalau tiada orang yang menjaga ladang?” Menjawab soalan ini, Feng Qinyuan berkata bahawa sebuah platform pertanian pintar yang memantau kelembapan tanah serta makhluk perosak dalam masa nyata, jauh lebih cekap daripada mata manusia.

Feng Qinyuan mengetik telefon untuk menghidupkan sistem pengairan titis di ladang gandumnya di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Feng Qinyuan mengetik telefon untuk menghidupkan sistem pengairan titis di ladang gandumnya di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Wang Qing’an, ketua stesen perkhidmatan tanah dan baja di pusat hal ehwal pertanian Huojia, yang juga seorang penyelidik pengembangan pertanian, sibuk membantu petani menguruskan tanaman mereka sejak Tahun Baharu Cina. Antara yang menjadi fokusnya ialah ladang gandum Feng Qinyuan.

“Yang paling penting pada masa ini ialah pengairan yang betul,” kata Wang, sambil memeriksa tanah ladang dan memberikan nasihat kepada petani berhampiran.

Penyelidik pengembangan pertanian Wang Qing’an (tengah) memberi tunjuk ajar kepada Feng Qinyuan (kiri) dan petani lain mengenai amalan pengurusan tanaman secara saintifik untuk penanaman musim bunga di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

“Saya ingat betapa penatnya menguruskan pengairan musim bunga sebelum ini,” kata Feng Yunzhe. Dia yang telah menghabiskan seumur hidupnya berladang, berasa amat berat untuk menjalankan tugas itu. Upah pekerja untuk menyiram dianggarkan 120 yuan sehari bagi hanya 5 mu tanah ladang. Bagi lebih daripada 300 mu, kos buruh sahaja boleh melebihi 7,000 yuan.

Sekarang, pengairan dapat diselesaikan dalam hanya sehari atau dua, jelas Feng Qinyuan. Ini menjimatkan kos buruh sebanyak 20 yuan per mu, atau 18,000 yuan untuk sepanjang musim.

Peralatan pemantauan kelembapan tanah automatik secara berterusan mengawasi perubahan dalam masa nyata di ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Pengurusan tanaman musim bunga amat penting terutamanya pada tahun ini. Suhu yang meningkat mendadak, ditambah pula dengan penyemaian yang terpaksa dilewatkan pada musim gugur tahun lepas, membebankan tumbesaran tanaman gandum. Yang paling mustahak pada masa ini ialah menguatkan tumbuhan yang lebih lemah, lebih-lebih lagi berikutan amaran kemungkinan berlakunya jerambak sejuk dan kemarau.

“Jangan risau,” kata Feng Qinyuan, membuka platform pertanian pintar di telefonnya. Ia menyediakan maklumat tentang keadaan anak benih, baja dan saranan pengairan, serta amaran risiko – semuanya dalam satu paparan.

Feng Qinyuan mengendalikan sebuah dron untuk membaja ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Feng Qinyuan mengendalikan sebuah dron untuk membaja ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Foto menunjukkan talian pengairan titis yang tersusun kemas di ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Foto menunjukkan talian pengairan titis yang tersusun kemas di ladang gandum di kaunti Huojia, Xinxiang, provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Shang Mingzhen)

Video

Berita Berkaitan