Inovasi Teknologi Pacu Industri Limau Bali di Meizhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 14 November 2025

Pada 7 November, Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan lawatan ke pangkalan penanaman limau bali Nanfu di perbandaran Yanyang, daerah Meixian, bandar Meizhou, di Provinsi Guangdong, selatan China – seterusnya diberikan pencerahan tentang usaha Guangdong, yang antaranya untuk meningkatkan sokongan untuk kawasan pangkalan revolusioner lama dan memajukan lagi penggiatan semula luar di segenap dimensi.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China itu turut memeriksa pertumbuhan limau bali serta meninjau proses di samping produk kreatif dan kebudayaan yang dihasilkan menerusi buah tersebut.

Dalam kesempatan itu, Xi turut turun padang ke kebun dan bertukar-tukar pandangan dengan para petani serta juruteknik pertanian.

Menurut beliau, pembangunan industri luar bandar dengan ciri-ciri tempatan adalah penting untuk mempromosi penggiatan semula luar bandar.

Xi turut menyeru terhadap usaha untuk mendorong penggunaan sains teknologi, mempromosi pembangunan budaya, pertanian dan pelancongan yang bersepadu, mengembangkan rantaian industri dan menambah baik nilai tambah, di samping menjamin pendapatan lebih tinggi buat lebih ramai penduduk luar bandar.

Seorang petani limau bali dari kampung Nanfu, Huang Hong juga menzahirkan penghargaan terhadap galakan yang diberikan – dengan menyatakan bahawa kata-kata Presiden Xi itu sangat menyentuh.

Seorang petani menggunakan kenderaan pengangkutan monorel untuk menghantar limau bali di kampung Nanfu, pekan Yanyang, daerah Meixian, bandar Meizhou, Provinsi Guangdong di selatan China. (People’s Daily/Cheng Yuanzhou)

Seorang petani menggunakan kenderaan pengangkutan monorel untuk menghantar limau bali di kampung Nanfu, pekan Yanyang, daerah Meixian, bandar Meizhou, Provinsi Guangdong di selatan China. (People’s Daily/Cheng Yuanzhou)

Pada sekitar 1980-an, Meizhou telah mula memberi galakan kepada penduduknya untuk menanam limau bali, dan kampung Nanfu pula melancarkan penanaman berskala besar pokok buah tersebut

“Dahulu, bapa saya menjaga 45 batang pokok limau bali. Ketika saya mengambil alih sekitar sedekad lalu, kebun kami telah berkembang kepada 5 hektar (bersamaan dengan kira-kira tujuh padang bola sepak bersaiz standard),” imbas Huang.

Mengulas lanjut, dia berkongsi bahawa sekiranya dibandingkan dengan kaedah lama, dia kini boleh mengendalikan pengairan dan pembajaan di tanah atas bukit menerusi jarak jauh sambil menikmati teh di rumah susulan terdapatnya sistem penyemburan baja dan air yang bersepadu.

Kini, pekebun tidak lagi perlu untuk mengandar limau bali. Sebaliknya, dron yang dimuatkan zip limau bali di atas kepala, manakala kenderaan pengangkut monorel berkeupayaan untuk mengangkut lebih daripada 350 kilogram buah di serata kebun.

“Beberapa tahun lalu, saya tidak pernah terbayang untuk mampu mengendalikan kebun limau bali dengan hanya menggunakan telefon pintar,” ujar Huang, ketika menjelaskan tentang keupayaan platform pertanian pintar yang mampu menghantar laporan kepada telefon mengenai maklumat masa nyata keadaan cuaca, suhu dan kelembapan tanah.

Kebun dia yang berkeluasan sekitar 5 hektar itu dijangka untuk membuahkan hasil sebanyak 350,000 kilogram pada tahun ini. Kandungan gula yang tinggi dan rupa limau bali yang kelihatan cantik merupakan sumbangan daripada penyelidikan Zhong Yonghui, ketua institut sains pertanian di daerah Meixian.

Pada tahun-tahun mutakhir, daerah Meixian telah mengumpulkan pakar-pakar pertanian untuk memberikan panduan teknikal kepada petani, mempromosi pembajaan saintifik, kawalan serangga hijau, serta penanaman benih bebas virus bagi menambah baik lagi kualiti limau bali.

Kampung Nanfu kini mempunyai 450 isi rumah petani limau bali yang menanam 3,333 hektar, menjana hasil tahunan melangkaui RMB50 juta (sekitar AS$7.02 juta).

Huang Kaizhi, ketua Parti kampung tersebut berkata bahawa, industri limau bali telah menjadikan kampung Nanfu dipilih sebagai kampung model di bawah ‘Projek Pembangunan Berkualiti Tinggi untuk Kaunti, Pekan dan Kampung’ Provinsi Guandong. 

Li Yongshen, presiden persatuan limau bali daerah Meixian, bandar Meizhou, Provinsi Guangdong di selatan China, sedang memperkenal produk berasaskan limau bali. (People’s Daily/Cheng Yuanzhou)

Li Yongshen, presiden persatuan limau bali daerah Meixian, bandar Meizhou, Provinsi Guangdong di selatan China, sedang memperkenal produk berasaskan limau bali. (People’s Daily/Cheng Yuanzhou)

Kampung itu kini telah melebarkan rantaian industri limau bali, dengan mengeluarkan produk berasaskan buah tersebut seperti minyak pati, naringin, dan hirisan limau bali kering.

Pada 2024, jumlah nilai output keseluruhan rantaian industri limau bali di serata bandar Meizhou telah melangkaui RMB8.9 bilion, sekali gus membantu lebih daripada 100,000 isi rumah petani dalam meningkatkan pendapatan masing-masing.

Di kampung Nanfu, industri limau bali telah mendorong pelancongan luar bandar, menarik gelombang pengunjung, dan membolehkan petani limau bali untuk menjana pendapatan sepanjang tahun, berbanding hanya semasa musim tuaian.

Video

Berita Berkaitan