"Zootopia 2" Perbaharui Rekod Jumlah Penonton Filem Import di Pasaran China

(CRI)Jumaat 19 Disember 2025

Filem Disney "Zootopia 2" mendapat sambutan amat baik di kalangan penonton China.

Menurut statistik terkini platform dalam talian, sehingga 18 Dis, "Zootopia 2" telah memperoleh kutipan tiket sebanyak RMB3.6 bilion (RM2.2 bilion), melibatkan 91.06 juta penonton di seluruh China.

Ia sekali gus memperbaharui rekod jumlah penonton filem import di China yang dicipta oleh "Avengers: Endgame" sebelum ini, iaitu 86.8 juta orang.

Beberapa media asing mengulas bahawa pasaran China telah menjadi salah satu sumber kutipan tiket utama di dunia.

Menurut ulasan berkaitan, pasaran filem China mempunyai pelbagai kelebihan seperti skop yang besar, struktur yang stabil, persaingan baik, dan keterangkuman. Oleh itu, ia boleh secara proaktif terlibat dalam penyusunan semula landskap industri perfileman global.

Video

Berita Berkaitan