- Lain-lain
Tuaian Lumayan Gong Cai Tambah Rezeki Penduduk di Yunnan

Seorang petani menuai Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)
Tibanya musim tuaian Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, ladang-ladang di merata kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China kini penuh sesak dan sibuk.
Di kampung Sangbulao yang tanah ladangnya dipenuhi deretan Gong Cai yang tumbuh subur berisi, kelihatan petani sedang sibuk menuai, mengupas, menghiris dan menganginkan tanaman itu.
“Menanam Gong Cai menjamin pendapatan yang lebih stabil daripada bekerja sebagai buruh migran,” kata seorang penduduk bernama Huang Yanhua, sambil menyusun kepingan Gong Cai yang baru dihiris untuk dianginkan.

Seorang petani menuai Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)
Tahun ini, Huang menanam 8 mu (kira-kira 0.53 hektar) Gong Cai, dijangka mengaut pendapatan melebihi 60,000 yuan.
Kian ramai penduduk kampung Sangbulao menikmati rezeki yang bertambah hasil daripada penanaman Gong Cai.
“Tanaman ini tumbuh elok dan kami tidak perlu risau akan jual belinya,” kata seorang penduduk bernama Li Yongzeng, yang juga menanam lebih 8 mu Gong Cai tahun ini.
Kunci kejayaan industri Gong Cai di Yangbi ialah pengurusan yang efektif.

Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, dikupas dan dihiris lalu dianginkan di rumah seorang penduduk di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)
Kampung itu mengguna pakai model pembangunan melibatkan kolaborasi antara syarikat, koperasi profesional dan keluarga petani, dengan pihak koperasi membekalkan anak benih, panduan teknikal dan jaminan jual beli.
Tahun ini, kampung tersebut telah menghasilkan lebih 1,700 mu Gong Cai yang dianggarkan bernilai 10 juta yuan.
Pada 2024, Gong Cai dari Yangbi telah disenaraikan antara produk pertanian baharu, istimewa, berkualiti tinggi dan terkenal di China.
Hari ini, kawasan penanaman Gong Cai di Yangbi meliputi keluasan melebihi 17,000 mu. Satu rantaian perindustrian lengkap yang menggabungkan penanaman, pemprosesan dan jualan telah terbentuk pada asasnya.
A villager dries Gong Cai, a vegetable of the lettuce family, in Sangbulao village, Yangjiang township, Yangbi Yi Autonomous County, southwest China's Yunnan Province, Feb. 25, 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)

Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, dikupas dan dihiris lalu dianginkan di rumah seorang penduduk di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)

Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, dikupas dan dihiris lalu dianginkan di rumah seorang penduduk di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)

Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, dikupas dan dihiris lalu dianginkan di rumah seorang penduduk di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)

Gong Cai, sejenis sayur dari keluarga salada, tumbuh di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)

Foto ini menunjukkan pemandangan ladang Gong Cai dari udara, di kampung Sangbulao, pekan Yangjiang, kaunti autonomi Yi Yangbi di provinsi Yunnan, barat daya China, 25 Februari 2026. (People's Daily Online/Hu Zunhui)

Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Wanita Hidupkan Kembali Kraf Ikat Celup di Yunnan
- Bunga Ceri Mekar Penuh, Tarik Pengunjung ke Kunming
- Mulanya Musim Tani Baharu di Heilongjiang
- Pengurusan Tanaman Musim Bunga Makin Pintar di Henan
- Petani Sibuk Berladang di Merata China
- Bermulanya Musim Bunga, Bermulanya Kesibukan Kerja Tani
- Taman Tanah Basah Laishihai: Lokasi Lindung Penting Burung Hijrah
- Suasana di Pasar Tani Zhuanxin Daguan, Kunming
- Lewat Musim, Petani di Yunnan Sibuk Tuai Kopi
- Burung Janjang Ubah Wajah Tasik Lashi, Yunnan