- Lain-lain
Menteri Luar China, Bahrain Bincang Isu Asia Barat
Kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah setiap negara harus dihormati, dan semua tindakan menyerang orang awam serta sasaran bukan ketenteraan harus dicela.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Bahrain, Abdullatif bin Rashid Al Zayani pada hari Isnin.
Wang berkata bahawa keadaan di rantau Teluk makin sengit dan keselamatan Bahrain juga terjejas, yang sudah dalam perhatian China.
"Tugas mendesak buat masa sekarang adalah menghentikan tindakan ketenteraan serta merta, dan mengelakkan peperangan daripada meluas.
"Kembali ke landasan yang betul untuk berdialog dan merunding secepat mungkin merupakan satu kaedah penyelesaian yang boleh membawa sinar harapan, yang dipercayai kondusif bagi pemulihan keamanan," ujar Wang.
"Sebagai rakan strategik negara-negara Teluk dan negara kuasa besar yang bertanggungjawab, China konsisten dalam melakukan pengantaraan untuk menoktahkan peperangan dan mewujudkan keamanan.
"Wakil khas kerajaan China bagi isu Asia Barat yang berada dalam jadual lawatan di rantau tersebut pada masa sekarang, akan segera memulakan lawatan ke Bahrain. China akan terus memainkan peranan yang konstruktif demi keamanan dan kestabilan di rantau Teluk, dan Bahrain juga diharap terus bertindak menjaga keselamatan warga dan agensi China di negaranya, " tambah beliau.
Sementara itu, Abdullatif berkongsi situasi serantau dan pendirian Bahrain dengan Wang, dengan mengatakan bahawa Bahrain sebagai negara yang mencintai kedamaian tidak sepatutnya dijadikan sasaran serangan yang tidak sah.
Pihak Bahrain menghargai dan merakamkan terima kasih atas pendirian adil China sambil menyuarakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan negara-negara Teluk dan China bagi meningkatkan komunikasi dan koordinasi di platform dua hala atau pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), supaya dapat mencapai keamanan dan kestabilan serantau dengan seawal mungkin.
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temu Menteri Luar Arab Saudi
- China, Oman Seru Peperangan Ditamatkan Segera
- Menteri Luar China, Perancis Bincang Situasi Asia Barat
- China Sokong Iran Pertahan Kedaulatan, Integriti Wilayah: Wang Yi
- China Mahu Rancakkan Landskap Kerjasama dengan Asia Barat
- Putin, Macron Adakan Perbualan Telefon, Bincang Isu Asia Barat
- China Gesa Redakan Ketegangan Situasi Asia Barat
- Wang Yi Nyatakan Pandangan China berhubung Situasi di Asia Barat
- China Bersedia Mainkan Peranan Konstruktif demi Keamanan dan Kestabilan Asia Barat
- China, Bahrain Tubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif




