- Lain-lain
Memacu Inovasi dan Kerjasama Pembangunan Tenaga Nuklear - Naib PM China

China konsisten dan proaktif dalam memberikan sumbangan mendorong pembangunan tenaga nuklear di peringkat dunia, bertepatan dengan konsep keselamatan nuklear yang diketengahkan Presiden Xi Jinping yang menekankan kerasionalan, koordinasi dan kemajuan bersama.
Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing ketika menghadiri dan menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Nuklear (NES) ke-2 di sini pada Selasa waktu tempatan.
Zhang sebagai Wakil Khas Presiden Xi Jinping yang juga merupakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, negaranya bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Tamadun Global dan Inisiatif Tadbir Urus Global, di samping bersama-sama mendorong inovasi dalam pembangunan tenaga nuklear, memastikan keselamatan pengeluaran terjamin, dan mengeratkan kerjasama industri demi situasi menang-menang.

"Tenaga nuklear boleh dimanfaatkan dan dijadikan lebih relevan dalam pembangunan dan kemakmuran pelbagai negara, malah memberi sumbangan baharu bagi pembinaan dunia yang bersih, indah dan mampan serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan'" ujar Zhang.
Turut hadir, pemimpin negara dan kerajaan atau wakil peringkat tinggi dari lebih 30 buah negara serta pegawai pertubuhan antarabangsa berkenaan. Mereka telah bersama mengeluarkan Kenyataan NES 2026 yang bertajuk "Memanfaatkan Tenaga Nuklear yang Selamat dan Mampu Milik untuk Semua".
- Tuduhan AS Mengenai Ujian Letupan Nuklear China Tidak Berasas
- Kapasiti Penjanaan Tenaga Nuklear China Terbesar di Dunia
- Unit 1 Janakuasa Nuklear "Hualong One" Mula Operasi
- China Buka 12 Fasiliti Penyelidikan Nuklear Untuk Saintis Global
- Sedia Bentuk Sinergi Galak Pembangunan Inovatif Tenaga Nuklear: Wakil China
- China Kali Pertama Bahaskan Draf Undang-undang Tenaga Atom
- Jumlah dan Kapasiti Unit Janakuasa Nuklear China dalam Pembinaan No.1 di Dunia
- Sidang Kemuncak Tenaga Nuklear Berlangsung di Brussels
- Xi Hantar Utusan Khas ke NES Edisi Pertama
- Forum Uranium Antarabangsa Tumpu Kerjasama




