AS Kenakan Sekatan Baharu terhadap Iran

(CRI)Jumaat 16 Januari 2026

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan sekatan baharu terhadap beberapa individu dan entiti Iran serta beberapa syarikat asing yang mempunyai hubungan dengan Iran.

Menurut kenyataan rasmi, Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran Ali Larijani turut tersenarai dalam sekatan tersebut.

Selain itu, jabatan tersebut turut mengenakan sekatan terhadap 18 individu dan syarikat yang didakwa terlibat dalam eksport petroleum dan produk petrokimia Iran.

Video

Berita Berkaitan