- Lain-lain
Naib Menteri Luar China Bertemu Duta Negara GCC

China sedia memperkukuh komunikasi dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk menggerakkan gencatan senjata dicapai dan mengelakkan ketegangan terus memuncak.
Naib Menteri Luar Miao Deyu membuat kenyataan itu ketika mengadakan pertemuan secara kolektif dengan duta asing dari negara anggota GCC di Beijing pada Rabu.
Duta Besar Bahrain ke China, Mohammed Ghassan Mohammed Adnan Sheikhoo mewakili pihak GCC menekankan bahawa majlis berkenaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga keselamatan negara, keutuhan wilayah dan keselamatan rakyat.
Miao berkata, China menolak operasi ketenteraan menyasar negara berdaulat tanpa kebenaran Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) serta menyelar sebarang tindakan yang menyerang orang awam dan sasaran bukan ketenteraan.
Beliau turut menyatakan bahawa China menyokong usaha negara anggota GCC dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara serta keutuhan wilayah mereka sendiri.
China menghargai sikap tenang yang ditunjukkan negara GCC dalambertindak balasterhadap konflik serta kesungguhan ke arah menyelesaikan isu berkenaan melalui dialog dan rundingan, ujarnya.
- China Sokong Negara Teluk Tentukan Nasib Sendiri
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temui TPM UAE
- Wang Yi Berbincang dengan Menteri Luar Kuwait
- Menteri Luar China, Bahrain Bincang Isu Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Timur Tengah Bertemu Setiausaha Agung GCC
- Naib Presiden China Lawat Kuwait
- China Laksana Dasar Pengecualian Visa untuk Semua Negara GCC
- Anwar Puji Peranan China dalam Pembangunan Serantau
- China, Malaysia Komited Perkasakan Kerjasama China-ASEAN-GCC
- PM China Tiba di Kuala Lumpur




