- Lain-lain
China akan Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq

China memutuskan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq.
"Kami berharap bantuan itu dapat mengurangkan kesukaran kemanusiaan yang dihadapi rakyat di rantau tersebut," kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jianpada Selasa.
Untuk rekod, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) baru-baru ini menyifatkan krisis semasa di Asia Barat sebagai "kecemasan kemanusiaan serius", yang sudah menyebabkan lebih 25 juta orang di rantau itu menjadi pelarian.
Iran mengalami kehilangan besar nyawa, lebih kurang 800,000 orang di Lubnan menjadi pelarian, manakala Jordan dan Iran juga turut terjejas.
Lin Jian menyatakan bahawa China dengan teguh mengamalkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan menjunjung semangat internasionalisme dan kemanusiaan.
"China berdukacita dan menyampaikan rasa simpati kepada rakyat Iran dan negara-negara di rantau itu.
"China akan terus berusaha sedaya upaya untuk mendorong gencatan senjata, mewujudkan pemulihan semula keamanan dan ketenteraman di rantau itu, serta mengelakkan krisis kemanusiaan daripada meluas lagi," kata Lin.
- Insiden Nahas Pesawat AS di Laut China Selatan, China Sedia Beri Bantuan
- China Salur Bantuan Kemanusiaan RMB50 Juta kepada Afghanistan
- China Hantar Kumpulan Baharu Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza
- China Komited Terus Derma Dana kepada CERF
- China Komited Terus Beri Sumbangan kepada CERF PBB
- Bahan Bantuan China Diserahkan kepada Palestin
- Barang Bantuan Kecemasan China Diangkut Menuju ke Gaza
- Bahan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan ke Genting Gaza
- China Hantar Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan ke Afghanistan
- Organisasi Antarabangsa Seru Pembukaan Saluran Bantuan Kemanusiaan ke Genting Gaza




