China Umum Garis Panduan Pembangunan Mesra Kanak-kanak

Kanak-kanak dan ibu menyertai acara permainan sukan di sebuah tadika di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China, 8 Mac 2026. (Xinhua/Wang Chun)

Kanak-kanak dan ibu menyertai acara permainan sukan di sebuah tadika di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China, 8 Mac 2026. (Xinhua/Wang Chun)

China telah mengumumkan satu garis panduan bagi memajukan pembangunan mesra kanak-kanak di segenap lapisan masyarakat, menyasarkan perlindungan yang lebih baik untuk hak dan kepentingan orang bawah umur serta menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak secara sihat dan holistik.

Garis panduan tersebut yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) pada Selasa, disusun bersama Pejabat Jawatankuasa Kerja Negara mengenai Kanak-kanak dan Wanita di bawah Dewan Negara, menimba pengalaman daripada program rintis bandar mesra kanak-kanak. Ia menggesa kemajuan menyeluruh menerusi tindakan selaras yang meliputi dasar sosial, perkhidmatan awam, perlindungan hak, ruang tumbesaran dan persekitaran pertumbuhan.

Turut digesa, langkah lanjut untuk menambah baik bekalan khidmat awam, pelaksanaan dasar akses bebas dan keutamaan untuk kanak-kanak, di samping perumusan langkah praktik dalam bidang seperti persekolahan, jagaan kesihatan, pengangkutan, sukan dan rekreasi.

Garis panduan berkenaan menekankan perlunya memperkukuh perlindungan keselamatan buat kanak-kanak dengan koordinasi bersepadu membabitkan keluarga, sekolah, masyarakat, Internet, kerajaan dan kehakiman, selain memperhebat mekanisme perlindungan serta pencegahan dan pengurangan risiko.

Menyahut seruan melakar perkembangan yang tetap dan berterusan dalam perkara ini, dua badan telah menyuarakan kesediaan untuk mempertingkat penyelarasan dasar, berserta sokongan terhadap kerajaan tempatan untuk mengintegrasikan dasar, dana dan projek bagi menjayakan kerja-kerja berkaitan kanak-kanak secara komprehensif.

Video

Berita Berkaitan