- Lain-lain
China Lulus Status Bandar Sejarah, Budaya Meishan

Pelancong bersantai di tengah-tengah kemekaran bunga di daerah Pengshan, bandar Meishan, provinsi Sichuan, barat daya China, 7 Mac 2026. (Foto oleh Weng Guangjian/Xinhua)
Dewan Negara China telah meluluskan status Meishan di provinsi Sichuan sebagai sebuah bandar sejarah dan budaya, menurut satu notis di laman sesawang kerajaan pada Khamis.
Notis berkenaan mengiktiraf nilai Meishan, melihat kepada sejarahnya yang panjang, budayanya yang penting, kekayaan warisannya, serta ciri-ciri tradisional tempatan yang tersendiri lagi terpelihara rapi.
Menurut notis itu lagi, pengiktirafan ini dibuat susulan komitmen kerajaan provinsi Sichuan dan bandar Meishan menguatkuasakan undang-undang perlindungan relik budaya, meneroka nilai warisan, mengesahkan susun atur Meizhou purba, memperkasakan perlindungan dan pengamalan serta menggalakkan budaya tradisional China yang unggul.
Meishan, juga dikenali sebagai Meizhou, merupakan kampung halaman penyair ulung China Su Shi pada Dinasti Song (960-1279).
- 30 Anak Panda Berkumpul, Sambut TBC di Sichuan
- Foto: Acara Pelancongan Budaya di Pekan Purba Shangli
- Pangkalan Panda Baharu Dibuka kepada Orang Awam di Mianyang
- Chengdu Jadi Magnet Tarik Perusahaan dan Golongan Profesional Asing
- Peluang Dekati Panda Liar Dorong Ledakan Ekopelancongan di Sichuan
- Suasana Meriah Karnival Tanglung di Zigong, Sichuan
- Dekati Budaya Gunung Emei
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- China Tetapkan Garis Panduan Terus Rancakkan Pembangunan Kawasan Barat
- Hampir 1,000 Pengembala Sertai Acara Lumba Kuda di Sichuan




