Naib Presiden China Han Zheng Lawat Kenya

(CRI)Khamis 26 Mac 2026

Naib Presiden China Han Zheng mengadakan lawatan rasmi ke Kenya, atas undangan Naib Presiden negara itu Kithure Kindiki, pada 22 hingga 25 Mac.

Sempena lawatan itu, Han telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Kenya William Ruto di Nairobi, menghadiri pameran komoditi Kenya yang menikmati dasar tarif sifar ke China yang juga Forum Perdagangan China-Kenya.

Dalam pertemuan dengan Presiden Ruto, Han mengatakan bahawa hubungan kedua-dua negara kian ditingkatkan sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara China dan Kenya lebih 60 tahun.

Pada April tahun lalu, Presiden Xi Jinping dan Presiden William Ruto memutuskan untuk membima komuniti berkongsi nasib China-Kenya pada era baharu, sekali gus menggariskan pelan baharu untuk pembangunan hubungan kedua-dua negara, kata Han.

Beliau menekankan bahawa China bersedia bersama Kenya melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara serta hasil sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Beijing, untuk menyumbang lebih banyak penggerak baharu bagi kerjasama dua hala,

Ruto dalam pertemuan itu pula menyatakan bahawa pihaknya mempertahankan prinsip satu China, dan menyokong pelbagai inisiatif global yang dikemukakan Presiden Xi.

Beliau juga menzahirkan kesediaan pihak Kenya untuk mengambil peluang pelaksanaan dasar tarif sifar yang ditawarkan China untuk meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang demi mewujudkan situasi sama menang.

Video

Berita Berkaitan