- Lain-lain
China, IAEA Ikrar Perkasa Kerjasama, Pelihara Keamanan Dunia

China sedia memperkukuh kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), memelihara sistem kawalan senjata nuklear antarabangsa dan menyumbang kepada keamanan dunia.
Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi di Beijing pada Khamis.
Wang berkata, perang semakin merebak di Asia Barat dan kesan limpahan daripadanya berlaku dengan lebih cepat.
Jika kemudahan nuklear menjadi sasaran operasi ketenteraan, ia akan menjerumuskan rakyat di rantau berkenaan ke dalam situasi yang lebih parah.
Adalah perlu untuk mencegah konfrontasi daripada terus meningkat sehingga mencemari keamanan dunia dan kestabilan rantau, ujar beliau.

IAEA memainkan peranan penting dalam tadbir urus nuklear global dan memikul tanggungjawab antarabangsa yang semakin menonjol, kata Wang sambil menambah China bersedia memperkasa kolaborasi dengan IAEA dan bersama-sama mengekalkan keamanan dunia.
Sementara itu, Grossi menyatakan kesediaan IAEA untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan China berhubung isu-isu panas, penggunaan tenaga nuklear secara aman dan lain-lain, serta bersinergi menjaga sistem kawalan senjata nuklear.
- China, IAEA Tingkatkan Kerjasama Teknologi Nuklear
- Kerjasama AS, Britain dan Australia tentang Kapal Selam Nuklear Adalah Percambahan Nuklear, Kata Wakil China
- Xi Utus Tahniah Perasmian Persidangan ke-16 TWAS
- Kerjasama Kapal Selam Nuklear AUKUS Topik Persidangan IAEA Ke-66
- Xi: Perlunya Usaha Berterusan Bina China yang Aman
- Han Zheng Hadiri Majlis Perasmian Forum Keamanan Dunia ke-11
- China Bantu Asia Barat Wujud Ketenteraman, Keselamatan
- Xi Komited Beri Sumbangan Untuk Pembangunan Negara, Keamanan Dunia
- China Komited Terus Menyumbang Kepada Kedamaian Dunia
- China Tawar Penyelesaian Ideal untuk Keselamatan Dunia
- Pembangunan Diutamakan dalam Pembinaan Keamanan




