Pemenang Hadiah Nobel Meneliti Petua-petua bagi Perkembangan Pesat di China

(CRI)Isnin 30 Mac 2026

Seorang pemenang Hadiah Nobel bagi kategori ekonomi, Thomas J. Sargent menyatakan bahawa China secara sistematik mengekalkan pelaksanaan dasar buka pintu kepada luar dalam tempoh beberapa dekad lalu, menjalankan perdagangan kargo dan perkhidmatan serta perdagangan rentas sempadan yang bebas, dan memudahkan pelepasan kastam di pelbagai pintu sempadan. Kesemua ini merupakan sebahagian petua bagi kejayaan China.

"Pelaksanaan langkah-langkah tersebut tidak terlepas dari tujahan strategik aras tinggi China yang terbukti kondusif bagi menyemarakkan semangat perjuangan, kreativiti, keusahawanan serta anjakan bagi penyelidikan sains. Kini China berada di barisan hadapan dalam pelbagai bidang teknologi dan sains, hasil keputusan pimpinan pusat dan perjuangan rakyat China tekun bekerja," kata Sargent ketika ditemu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Ketika diminta pandangan mengenai Rancangan Lima Tahun (FYP) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, Sargent sebagai seorang pakar ekonomi dari Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa terdapat ketersambungan yang konsisten dalam pelaksanaan setiap FYP yang wujud sebagai strategi makro di China.

"Jika ditanya pendapat saya, saya rasa perancangan seumpama itu pasti dibuat oleh orang yang sangat bijak berdasarkan pertimbangan yang teliti. Ia memerlukan keseimbangan yang berhemah untuk menjaga setiap perincian dalam landskap keseluruhan, dan bukan hanya memberi satu arah utama sahaja. Saya tabik terhadap keseluruhan perancangan macam itu," kata beliau.

Dalam temu bual itu, Profesor Sargent juga memuji langah-langkah China dalam bidang peningkatan tahap keterbukaan, pelaksanaan dasar yang stabil, kepekaan terhadap pendidikan dan perangsangan inovasi sains dan teknologi.

"Peraturan yang kukuh, kreadibiliti, dan kerjasama yang terbuka dipercayai boleh menjadi batu asas untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan keyakinan dalam era yang penuh ketidakpastian ini," tambah beliau.

Untuk rekod, Thomas Sargent sebagai sarjana terkenal dalam penyelidikan ekonomi makro di peringkat global, bersama Christopher Sims pernah memenangi Hadiah Nobel Ekonomi dengan kemajuan yang dicapai mereka dalam "kajian empirik mengenai hubungan sebab-akibat dalam ekonomi makro" pada tahun 2011.

Video

Berita Berkaitan