- Lain-lain
Peneroka Laut Dalam Baharu China, Haiqin Lengkapkan Misi di LCS
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 25 Ogos 2025
![]() |
Haiqin, kenderaan kendalian jarak jauh (ROV) laut dalam 6,000 meter, di bawa naik dari laut ke atas kapal Zhong Shan Da Xue, di Laut China Selatan pada 23 Ogos 2025. (Xinhua/Zhang Jiansong) |
Haiqin, sebuah kenderaan kendalian jarak jauh (ROV) laut dalam 6,000 meter yang dibangunkan oleh China sepenuhnya telah berjaya melengkapkan pelayaran laut dalam di Laut China Selatan (LCS), lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.
Difahamkan, sistem ROV elektrik laut dalam yang dinamakan Haiqin yang direka dan dibina oleh Universiti Jiao Tong Shanghai itu telah mencapai kedalaman sehingga 4,140 meter semasa ujian laut pada awal Sabtu lalu.
Dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi, lengan robotik, penderia dan sistem sonar, ROV tersebut memperlihatkan keupayaan termasuk kawalan pengarahan automatik dan ketapatan hover.
![]() |
Haiqin, ROV laut dalam 6,000 meter yang dibangunkan sepenuhnya oleh China, menempatkan penanda di dasar laut pada kedalaman sehingga 4,140 meter di LCS pada 23 Ogos 2025. (Universiti Sun Yat-sen/menerusi Xinhua) |
![]() |
Ahli ekspedisi penyelidikan mengerahkan Haiqin, ROV laut dalam 6,000 meter yang dibangunkan sepenuhnya oleh China, di atas kapal Zhong Shan Da Xue di LCS pada 22 Ogos 2025. (Xinhua/Zhang Jiansong) |
![]() |
Anggota ekspedisi penyelidik bekerja di dek utama kapal Zhong Shan Da Xue di LCS pada 23 Ogos 2025. (Xinhua/Zhang Jiansong) |
![]() |
Haiqin, ROV laut dalam 6,000 meter yang dibangunkan sepenuhnya oleh China, dinaikkan semula dari laut di LCS pada 23 Ogos 2025. (Xinhua/Zhang Jiansong) |
- Tujuh Penyelidik Rangkul Anugerah Sains Masa Depan 2025
- 570 Syarikat China Catat Peruntukan Paling Tinggi kepada R&D
- Perbelanjaan R&D China bagi Tahun 2023 Lebihi RMB3 Trilion
- Ketua Saintis Teleskop FAST China Terima Anugerah Marcel Grossmann
- Xi Ucap Tahniah atas Operasinya Stesen Qinling China di Kutub Selatan
- Xuelong-2 Berjaya Belayar Melalui Gumpalan Ais
- China Ambil Langkah Baharu dalam Penyelidikan Asas
- Xi: Pergiat Penyelidikan Asas, Perkukuh Kemandirian Teknologi
- Peruntukan dalam R&D di China Melepasi RMB3 Trilion 2022
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang