Rel China Kendali 48 Juta Perjalanan pada Cuti Tahun Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 04 Januari 2026

(foto/VCG)

(foto/VCG)

Rel China telah mengendalikan kira-kira 48.09 juta perjalanan penumpang pada cuti tiga hari sempena Tahun Baharu yang tamat pada Sabtu, menurut data China State Railway Group Co., Ltd.

Maklum pihak pengurusan pada Ahad, aliran penumpang memuncak pada hari pertama cuti apabila sekitar 18.56 juta perjalanan direkodkan.

Untuk menampung ledakan permintaan ini, rangkaian kereta api negara telah meningkatkan kapasiti dengan menggerakkan tren tambahan dan mengoptimumkan penggunaan beberapa seksyen rel berkelajuan tinggi yang baru beroperasi.

Video

Berita Berkaitan