- Lain-lain
Malam Gala TBC 2026, Platform Tumpuan Perhatian Umum terhadap Robot China
Sekumpulan robot humanoid buatan China sekali lagi ditampilkan di atas pentas Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 anjuran Kumpulan Media China yang baru berakhir pada Isnin.

Kumpulan robot humanoid itu merupakan produk buatan empat syarikat China, iaitu Unitree Robotics, Magic Atom, Galaxy General Robot, dan Noetix Robotics. Mereka bukan sahaja boleh menari dengan memegang pedang, mempersembahkan seni Kung Fu, tetapi juga boleh berbicara dalam persembahan program kategori bahasa dan melipat pakaian. Prestasi mereka di pentas malam gala turut menimbulkan kekaguman dan mendapat sanjungan daripada kalangan netizen asing.

Mengimbas kembali Malam Gala TBC 2025, sekumpulan robot humanoid buatan syarikat Unitree Robotics pernah diberi peluang memakai busana tradisional menyajikan 'Tarian Musim Menyemai'. Seterusnya untuk edisi 2026, persembahan kumpulan robot di pentas sudah ditambah aksi yang lebih kompleks, bukan sahaja membuat balik kuang di atas meja, melompat tinggi dan berpusing di udara, tetapi juga memamerkan kemahiran seni Kung Fu, dan turut mendapat sorakan gemuruh dari para penonton.
Georg Stieler, Pengarah Syarikat Perundingan Teknologi Stieler bagi Urusan Asia dan juga Ketua Perniagaan Robotik dan Automasi berkata, peningkatan prestasi (robot buatan China) kelihatan menakjubkan dalam tempoh hanya setahun saja.
"Kawalan pergerakan robot yang mengagumkan ini memperlihatkan syarikat Unitree Robotics berfokus kepada pembangunan 'otak' robot, dan membantu si robot memperhalusi pelaksanaan pelbagai tugas pergerakan yang dipercayai boleh digunakan dalam senario perkilangan yang sebenar,” katanya.

Setakat ini, terdapat lebih 32,000 paten robot humanoid yang terdaftar di China, mewakili 68% daripada jumlah keseluruhan global, sedangkan 75% komponen teras robot buatan China merupakan produk tempatan.
Menurut Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, usaha perlu dilakukan untuk menjadikan teknologi kuantum, biopembuatan, tenaga hidrogen dan tenaga fusi nuklear, Antara Muka Otak-Komputer, kecerdasan buatan (AI) embodied, dan komunikasi mudah alih generasi keenam sebagai penggerak baharu bagi pertumbuhan ekonomi domestik.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- ‘Sekolah’ Latih Robot Manusia untuk Alam Kerja
- Robot Buatan China Juarai Kejohanan Pertarungan Robot Antarabangsa di UAE
- Robotik Buatan China Pamer Kekuatan di Pentas Dunia
- Bagaimana China Mendaki Tangga Inovasi Global
- Pembuatan Pintar di China: Mendorong Fasa Penaiktarafan Perindustrian yang Seterusnya
- Dinamika China: Robot Buatan China Semakin Mendapat Tempat di Pasaran Jepun, Global
- China Pertahankan Pasaran Robot Industri Terbesar Selama 12 Tahun
- Terokai Hab Industri Pembuatan Robot di Shanghai
- China Anjurkan Perlawanan Bola Sepak Robot AI Pertama
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming