- Lain-lain
Ekspo China-Eurasia Ke-9 akan Diadakan di Urumqi pada Jun
Ekspo China-Eurasia ke-9 akan diadakan di Urumqi, wilayah Xinjiang China dari 25 hingga 29 Jun 2026.
Bertemakan "Peluang Baharu di Jalan Sutera, Daya Hidup Baharu Eurasia", ekspo kali ini memberi tumpuan kepada enam bidang iaitu kerjasama pelaburan, kuasa produktif kualiti baharu, industri istimewa yang berdaya saing, pembangunan hijau, integrasi kebudayaan dan pelancongan, serta kerjasama Jalan Sutera.
EkspoChina-Eurasia kini telah berkembang menjadi platform penting bagi China dan negara-negara Eurasia untuk mengadakan diplomasi peringkat tinggi, mempromosikan kerjasama dengan negara-negara jiran, dan membina kawasan teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera.
Ekspo itu juga disifatkan sebagai jendela penting untuk mengenali wilayah Xinjiang dengan lebih dekat.




