China Lancar Satelit Internet Baharu menerusi Roket Long March-8

(CRI)Khamis 09 April 2026

China melancarkan roket pembawa Long March-8 pada Selasa di provinsi Hainan, sekali gus berjaya menghantar 18 satelit internet ke angkasa.

Roket pembawa itu dilaporkan berlepas pada pukul 9.32 malam dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Komersial di pulau Hainan di bahagian selatan China.

Misi berkenaan berjaya menghantar siri ke-7 satelit rangkaian untuk Konstelasi Qianfan ke dalam orbit yang telah disasarkan.

Video

Berita Berkaitan