CPI China pada Mac Naik 1.0 Peratus Tahun ke Tahun

(CRI)Jumaat 10 April 2026

Indeks Harga Pengguna (CPI) mencatatkan penurunan 0.7 peratus secara bulanan berikutan penyusutan bermusim dalam permintaan pengguna selepas cuti Tahun Baharu Cina, namun meningkat 1.0 peratus secara tahunan.

Demikian menurut data Indeks Harga Pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) bagi Mac 2026 yang dikeluarkan Biro Statistik Kebangsaan (NBS) pada Jumaat.

Sementara itu PPI menyaksikan peningkatan 1.0 peratus secara bulanan dan 0.5 peratus secara tahunan, didorong oleh kenaikan pesat harga komoditi global serta penambahbaikan hubungan penawaran dan permintaan dalam beberapa sektor domestik.

Video

Berita Berkaitan