Auto China 2026 Muncul Pameran Automotif Terbesar Dunia, Eksport Kenderaan Terus Meningkat

(CRI)Isnin 27 April 2026

Pameran Auto China 2026 yang sedang berlangsung di Beijing dengan keluasan 380,000 meter persegi, muncul sebagai pameran automotif terbesar di dunia.

Lebih 1,400 kenderaan dipamerkan termasuk 181 model pelancaran baharu dan 71 kereta konsep, dengan tahap pengantarabangsaan dan kepakaran terus meningkat.

Dalam perkembangan berkaitan, China kekal sebagai pengeksport kenderaan terbesar di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut sejak 2023.

Pada suku pertama tahun ini, eksport kereta China mencapai 2.226 juta unit, meningkat 56.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, eksport kenderaan elektrik bateri (BEV) mencatat 954,000 unit, iaitu peningkatan 120%.

Video

Berita Berkaitan