China Catat Pengeluaran dan Jualan Kenderaan Lebih 15 Juta Separuh Pertama 2025

(CRI)Jumaat 11 Julai 2025

Pengeluaran dan jualan kenderaan China masing-masing mencatat lebih 15 juta pada separuh pertama 2025, meningkat lebih 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Banyak penunjuk ekonomi industri automobil China mencatatkan pertumbuhan dua digit pada enam bulan pertama tahun ini, menurut data terkini Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM).

Sejak awal tahun ini, China telah melaksanakan dasar makro yang lebih proaktif dan operasi ekonomi secara keseluruhan berada dalam keadaan stabil.

Antaranya, jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) merangkum 44.3 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan baharu.

Industri NEV terus mengekalkan trend pertumbuhan pesat, sekali gus memacu industri berkenaan ke arah transformasi dan penaiktarafan yang lebih pantas.

Video

Berita Berkaitan