- Lain-lain
Pengeluar Kereta China Kali Pertama Dahului Jualan Global

Seorang pekerja sedang memasang sebuah kenderaan tenaga baharu di bengkel Chery di Shijiazhuang, provinsi Hebei, utara China, 8 Januari 2026. (Foto oleh Liang Zidong/Xinhua)
Pengeluar kereta China buat kali pertamanya telah mendahului syarikat Jepun dalam jualan kenderaan, menandakan satu peralihan signifikan bagi industri automotif global.
Menurut laporan Nikkei baru-baru ini, jumlah jualan global pengeluar kereta Jepun turun kepada sekitar 25 juta unit pada 2025, menyebabkan negara itu tergelincir dari tangga teratas yang dipertahankan sejak tahun 2000. Sementara itu, pengilang kereta China merekodkan jualan hampir 27 juta unit di seluruh dunia pada tempoh sama, naik ke ranking pertama.
Dapatan ini berdasarkan data daripada pengeluar kenderaan utama serta penyelidikan yang dijalankan oleh platform data automotif MarkLine, maklum Nikkei.
Antaranya, BYD melangkaui Ford untuk naik ke tangga keenam dunia, manakala Geely di tempat kelapan mengatasi Honda.
Enam syarikat kenderaan China tersenarai dalam ranking 20 teratas global, termasuk Chery, Changan Automobile, SAIC Motor, dan Great Wall Motors, melebihi lima dari Jepun.
Memetik laporan Nikkei lagi, BYD mengalahkan Tesla dalam segmen kenderaan elektrik, merebut status penjual EV terbesar dunia.
Tang Jin, penyelidik kanan di Bank Mizuho Jepun yang juga pakar sektor automotif, berkata bahawa perkembangan ini lebih daripada sekadar perubahan ranking. Ia turut melambangkan satu penstrukturan semula landskap automotif global, didorong oleh kelebihan China dari segi teknologi canggih, keberkesanan kos, serta penyelidikan dan pembangunan yang pesat.
Beliau menambah bahawa Jepun perlu menilai semula strateginya dalam pengelektrikan kenderaan dan kedudukan pasaran global dalam respons kepada persaingan yang sedang berkembang.
- China Ungguli Senarai Jualan Kereta Global - Media Jepun
- Jiangsu Percepat Perkembangan Industri Automotif
- China Sasar 100,000 Kenderaan Sel Bahan Api Menjelang 2030
- Pembuatan Kereta Kembang Maju di Pekan Luoxi
- Rekod Baharu: Lebih 450,000 Kenderaan Dieksport Melalui Horgos
- China Operator Rangkaian Pengecas EV Terbesar
- Industri Automotif China Raih Prestasi Cemerlang pada 2025
- China Manfaatkan Bateri EV Lama Sebagai ‘Lombong Bandar’ Strategik
- Pameran Auto Guangzhou 2025 Tampil 629 Unit NEV
- Infrastruktur Pengecasan EV China Catat Momentum Pertumbuhan




