- Lain-lain
Kapal Pengangkut LNG Terbesar Buatan China Berjaya Diserahkan di Nantong

Kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) pertama buatan China, dengan kapasiti 180,000 meter padu iaitu "Georgetown", berjaya diserahkan di dermaga Industri Berat China Merchants Nantong, provinsi Jiangsu pada pukul 10:50 pagi Sabtu.
Kapal itu berlepas dari Sungai Yangtze di Nantong dan dijadual menuju ke Singapura.
Dibina di pangkalan Haimen, milikChina Merchants Heavy Industry, kapal tersebut mempunyai panjang keseluruhan 298.8 meter dan lebar 48 meter.

Kapal ini mempunyai sistem pendorongan bahan api dwi-mod berkelajuan rendah, dengan kelebihan kadar penyejatan rendah serta prestasi mesra alam yang tinggi.
Georgetownmerupakan kapal LNG dengan kapasiti tangki terbesar pernah dihasilkan China setakat ini.
Pencapaian ini menandakan satu kejayaan besar negara China dalam bidang pembuatan kapal tenaga bersih peringkat tinggi.
- Kapal Persiaran Mega Buatan China Sedia Beroperasi Hujung Tahun
- Industri Pembinaan Kapal China Kekal Terdepan 16 Tahun Berturut-turut
- Industri Pembinaan Kapal China Masih Terdepan di Dunia
- China Kekal Peneraju Industri Pembinaan Kapal
- Barangan Premium China Dapat Sambutan di Pasaran Global
- China Lancar Operasi Kapal Akuakultur “Su Hai No.1”
- Motosikal Roda Tiga Elektrik Buatan China Mengharum di Luar Negara
- Artisan Teruskan Legasi Kraf Bina Kapal Kayu
- China Duduki Tangga Pertama Ranking Perkapalan Global Selama 15 Tahun
- Kapal "Ro-Ro" Terbesar di Dunia Diserahkan di Nantong




