China Menentang Sekatan AS terhadap Badan Pemeriksaan dan Pensijilan, Sektor Telekomunikasi

(CRI)Sabtu 02 Mei 2026

Jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) pada Jumaat menyatakan penentangan kuat terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan sekatan terhadap badan pemeriksaan dan pensijilan serta sektor telekomunikasi, dan menyeru AS untuk menghentikan langkah yang salah itu dengan segera.

Kenyataan ini dibuat selepas Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (FCC) membahas dan meluluskan satu cadangan untuk mengambil langkah sekatan pada Khamis yang merancang membatalkan kelayakan badan pemeriksaan dan pensijilan dari negara yang belum pernah menandatangani "Perjanjian Saling Mengiktiraf" dengan AS, dan mengharamkan entiti yang berada dalam apa yang dipanggil 'senarai coverage' daripada menjalankan perkhidmatan telekomunikasi di AS.

Jurucakap MOFCOM menyatakan bahawa FCC telah membuat satu keputusan yang dilihat membelakangi prinsip neutraliti teknologi, memperluaskan konsep keselamatan negara secara berlebihan, dan berulang kali mengenakan langkah-langkah sekatan tanpa asas fakta, malah mengamalkan layanan diskriminasi terhadap syarikat dan produk dari negara lain termasuk China.

"AS diharap mengambil kira seruan pemain industri dalam landskap dunia, menghormati peraturan pasaran, menghentikan tindakan salahnya dan membatalkan langkah-langkah yang berkaitan.”

"Sekiranya pihak AS degil bertindak seumpama itu, China akan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menjaga hak dan kepentingan perusahaan domestik," kata jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan