Venezuela Kutuk Sekatan AS, Sifatkannya Sebagai Tindakan Jenayah

(CRI)Jumaat 05 Disember 2025

Menteri Luar Venezuela Yvan Gil pada Khamis mengecam keras sekatan yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan menyifatkan 1,042 langkah sekatan terbabit sebagai tindakan "jenayah" dan "haram" di sisi undang-undang antarabangsa.

Untuk rekod, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa telah menggantung penerbangan mereka ke Caracas, ibu negara Venezuela berikutan amaran keselamatan penerbangan yang dikeluarkan pihak berkuasa AS.

Pada Rabu dan Khamis, syarikat penerbangan Copa dari Panama, serta Wingo dan Satenadari Colombia masing-masing mengumumkan penggantungan penerbangan mereka ke Caracas susulan gangguan isyarat navigasi.

Video

Berita Berkaitan