Venezuela Cela 'Kegiatan Lanun' AS

(CRI)Selasa 23 Disember 2025

Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan sepihak ke atas Venezuela dalam jangka masa panjang, ini adalah langkah penindasan terhadap rantau berkenaan dan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.

Demikian maklumat dalam pengumuman ditandatangani oleh Presiden Venezuela Nicolas Maduro, yang dibaca oleh Menteri Luar Yvan Gil dalam sidang media di Caracas, pada Isnin.

Beliau berkata, AS telah melancarkan 28 operasi ketenteraan di rantau Caribbean baru-baru ini, menyebabkan 104 orang mati.

Selain itu, sekatan AS juga menyebabkan 4 juta tong minyak mentak tidak dapat dihantar keluar dari Venezuela.

Gil turut menyifatkan sekatan itu sebagai 'kegiatan lanun', yang bukan sahaja akan membawa kerosakan kepada Venezuela, malah akan menjejaskan keamanan dunia dan perdagangan normal di peringkat global.

Pengumuman itu telah diserahkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Menurut agenda berkaitan, UNSC akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 Disember, membincangkan situasi di Venezuela.

Video

Berita Berkaitan