Kawalan Eksport Nadir Bumi, Tindakan Sah: MOFCOM

(CRI)Isnin 13 Oktober 2025

Langkah kawalan eksport nadir bumi dan barangan berkaitan yang diumumkan China pada Khamis adalah tindakan biasa untuk menambah baik sistem kawalan eksport sendiri selaras dengan undang-undang dan peraturan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) susulan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan mengenakan tarif tambahan 100 peratus ke atas import dari China serta menetapkan kawalan eksport ke atas perisian kritikal.

Menurut beliau, senarai kawalan eksport ditetapkan AS merangkumi lebih 3,000 item, manakala dalam senarai China hanya kira-kira 900 item..

Jurucakap itu mengulangi pendirian bahawa China tidak mahu terlibat dalam perang tarif, tetapi tidak gentar untuk melawan jika perlu.

AS digesa supaya membetulkan tindakan salah secepat mungkin, mematuhi persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan memelihara hasil rundingan sedia ada.

Tegas beliau, sekiranya AS degil berbuat sedemikian, China akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membela hak dan kepentingan sah sendiri.

Video

Berita Berkaitan