- Lain-lain
UNSC Dijadual Adakan Mesyuarat Tergempar, Bincangkan Situasi Venezuela
Atas permintaan Delegasi Tetap Venezuela ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 Disember nanti untuk membincangkan situasi di Venezuela, menurut jurucakap Delegasi Tetap Slovenia ke PBB yang merupakan Presiden UNSC bulan ini, Laura Miklic pada Khamis.
Delegasi Tetap Venezuela ke PBB pada Rabu mengeluarkan kenyataan meminta UNSC mengadakan mesyuarat tergempar mengenai isu “pencerobohan yang sedang dilakukan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu.”
“Presiden AS Donald Trump 'mencabuli dengan sewenang-wenangnya kedaulatan, keutuhan wilayah dan kemerdekaan politik Venezuela di hadapan seluruh dunia’,” memetik kenyataan itu.
Menurut kenyataan Trump menerusi akaun media sosialnya pada Selasa, AS menyifatkan kerajaan Venezuela sebagai 'pertubuhan pengganas asing'.
Pada hari yang sama, Trump juga mengarahkan untuk mengenakan sekatan terhadap semua kapal tangki minyak Venezuela.
- Menteri Luar China, Venezuela Adakan Perbualan Telefon
- Venezuela Kutuk Sekatan AS, Sifatkannya Sebagai Tindakan Jenayah
- Bekalan Tenaga di Eropah Terjejas Ekoran Sekatan AS terhadap Rusia
- China Kenakan Tindak Balas terhadap Syarikat Bantu Siasatan AS, Seru Dialog Setara
- Kawalan Eksport Nadir Bumi, Tindakan Sah: MOFCOM
- China Tambah Tiga Firma AS dalam Senarai Entiti Tidak Boleh Dipercayai
- Persatuan Perusahaan Komunikasi China Sokong Siasatan Terhadap Produk AS
- China Bantah Keras Sekatan AS Menyasar Industri Litar Bersepadu
- AS Tarik Balik Langkah Sekatan Ekonomi dan Perdagangan dengan China
- Pengasas Huawei Kekal Optimistik Meski Dikekang AS




