Cubaan Jepun Dorong 'Penenteraan Semula' Tidak Dapat Sokongan: MFA

(CRI)Jumaat 08 Mei 2026

Suara lantang rakyat Jepun membantah cubaan pentadbiran Sanae Takaichi meminda Perlembagaan, mencerminkan tindakan kuasa sayap kanan Jepun mendorong 'penenteraan semula' tidak mendapat sokongan umum.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Lin Jian pada Khamis susulan demonstrasi tercetus di seluruh Jepun bagi membantah rancangan kerajaan meminda Perlembagaan.

Lin berkata tentera Jepun berfahaman militarisme pernah melakukan jenayah terhadap rakyat negara-negara Asia termasuk China, dan juga membawa kesengsaraan teruk kepada rakyat negara itu sendiri.

Berdasarkan siri aturan keinstitusian dan undang-udang antaranya Deklarasi Kaherah dan Perisytiharan Potsdam, Jepun perlu dilucutkan senjata sepenuhnya dan tidak dibenarkan untuk mengekalkan industri yang membolehkan negara itu melakukan persenjataan semula.

Peraturan seumpama juga termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang Jepun daripada kembali menempuh jalan militarisme.

Jurucakap itu menegaskan bahawa usaha mencegah kebangkitan semula militarisme merupakan kewajipan Jepun dan juga komitmen teguh masyarakat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan