Penggubalan COC Langkah Kondusif: MFA

(CRI)Selasa 12 Mei 2026

Penggubalan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) merupakan langkah penting dalam melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan juga konsensus penting antara China dengan negara ASEAN.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Gua berkata penggubalan COC adalah kondusif untuk pihak terlibat mengendalikan perselisihan dengan lebih baik, di samping memperkasa kerjasama serta menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Perbincangan berhubung teks COC masih diteruskan, kata beliau sambil meluahkan harapan agar semua pihak berusaha bersama ke arah memuktamadkan kod tatalaku berkenaan seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan