China, Filipina Berunding Isu Berkaitan Maritim

(CRI)Jumaat 30 Januari 2026

China dan Filipina mengadakan rundingan bagi bertukar-tukar pendapat secara mendalam berhubung isu maritim serta isu-isu lain yang menjadi tumpuan bersama, di Cebu, Filipina pada Khamis.

Dialog kali ini disertai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Laut Kementerian Luar China, Hou Yanqi, Undersecretary Jabatan Hal-ehwal Luar Negeri Filipina Leo M. Herrera-Lim serta Penolong Setiausaha Jabatan Hal-ehwal Luar Negeri Filipina bagi Urusan Asia dan Pasifik, Marshall Louis M. Alferez.

Pada sesi dialog tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengekalkan komunikasi menerusi saluran diplomatik.

Video

Berita Berkaitan