Ketibaan Pengembara Melalui Pintu Sempadan Khorgos 500,200 Orang Empat Bulan Pertama

(CRI)Rabu 13 Mei 2026

Aliran penumpang baik secara individu mahupun secara berkumpulan melalui pintu sempadan Khorgos, wilayah Xinjiang semakin bertambah susulan pelaksanaan dasar pengecualian visa China dan Kazakhstan untuk keberadaan pelancong tidak melebihi 30 hari di negara masing-masing sejak awal tahun ini.

Menurut data dari Stesen Pemeriksaan Imigresen Khorgos, dalam empat bulan pertama tahun ini, ketibaan pengembara melalui pintu sempadan tersebut meningkat 23.27 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan mencapai 500,200 orang, iaitu satu rekod baharu dalam sejarah.

Video

Berita Berkaitan