Kalau Iran Tidak Bertindak Segera, Mereka akan Kehilangan Segalanya - Trump

(CRI)Isnin 18 Mei 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam hantaran di media sosialnya pada Ahad menyatakan bahawa jika Iran tidak bertindak segera, 'mereka akan kehilangan segalanya’.

Beberapa media pada hari sama melaporkan bahawa, Trump telah mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengenai situasi Iran, dan telah membincangkan kemungkinan untuk memulakan semula tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Menurut laman sesawang Axios, yang memetik dua pegawai AS pada 17 Mei, menyatakan bahawa Trump dijangka akan mengadakan mesyuarat dengan anggota utama pasukan keselamatan negara pada 19 Mei bagi membincangkan pilihan untuk menggunakan kekerasan sekali lagi terhadap Iran.

Video

Berita Berkaitan