Ekspo China-Rusia ke-10 Himpun Lebih 1,500 Syarikat di Harbin

(CRI)Rabu 20 Mei 2026

Ekspo China-Rusia ke-10bertemakan "Kepercayaan, Kerjasama, Menang Bersama" sedang berlangsung di Harbin dari 17 hingga 21 Mei.

Ekspo yang berkeluasan 55,000 meter persegi itu menampilkan pelbagai industri utama, produk berkualiti dan pencapaian terkini hasil kerjasama antara China dan Rusia.

Lebih 1,500 syarikat dari 46 buah negara dan wilayah menghadiri ekspo tersebut dengan 300 daripada jumlah itu adalah dari Rusia, serta melibatkan delegasi pembeli melebih 5,000 orang.

Ruang pameran Rusia memberi tumpuan kepada produk makanan, tekstil ringan, kraftangan warisan budaya dan barang kemas.

Selain pameran utama, hampir 100 program sampingan turut diadakan termasuk lebih 20 aktiviti berkaitan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Rusia bagi memudahkan padanan perniagaan dan kerjasama industri.

Video

Berita Berkaitan