Kementarian Luar Dedah Jadual Lawatan Putin ke China

(CRI)Selasa 19 Mei 2026

Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengadakan lawatan negara ke China dari 19 hingga 20 Mei, atas undangan Presiden China, Xi Jinping.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun telah berkongsi jadual lawatan Putin dalam sidang media pada Isnin.

Guo berkata, ini merupakan kali ke-25 Putin mengadakan lawatan rasmi ke China.

Dalam rangka lawatan kali ini, pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama dalam pelbagai bidang serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Menurut Guo, tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 hubungan rakan strategik China-Rusia serta ulang tahun ke-25 Perjanjian Kerjasama Persahabatan Kejiranan China-Rusia.

Malah tahun ini juga merupakan tahun pelancaran "Tahun Pendidikan China-Rusia".

Sehubungan itu kedua-dua pihak akan mengambil peluang ini untuk mendorong hubungan China-Rusia ke tahap yang lebih tinggi dan menyuntik lebih banyak kestabilan dan tenaga positif kepada dunia.

Video

Berita Berkaitan