- Lain-lain
Hubungan China-Rusia Masuk Tahap Baharu, Lebih Dinamik dan Berkembang Pesat - Xi
Hubungan China-Rusia terus berkembang di tengah-tengah situasi antarabangsa yang semakin kompleks dan tidak menentu.
Demikian menurut Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Beijing pada Rabu.
Xi berkata, kedua-dua negara mengekalkan hubungan perkongsian strategik menyeluruh era baharu berasaskan layanan sama rata, saling menghormati, saling mempercayai dan kerjasama saling menguntungkan.
Mengulas lanjut beliau berkata, rasa percaya antara kedua-dua negara semakin kukuh, manakala kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, sains dan teknologi, budaya serta hubungan antara wilayah terus dipertingkatkan. Malah hubungan antara rakyat juga semakin erat.
Menurut Xi, hubungan China-Rusia telah memasuki tahap baharu yang lebih dinamik dan mempunyai potensi pembangunan yang lebih besar.
- China, Rusia Perlu Tingkatkan Kerjasama Strategik Menyeluruh Berkualiti Tinggi - Xi
- Ekspo China-Rusia ke-10 Himpun Lebih 1,500 Syarikat di Harbin
- Presiden Rusia Tiba di Beijing
- Rusia Komited Perkukuh Hubungan dengan China - Putin
- Kementarian Luar Dedah Jadual Lawatan Putin ke China
- Jabatan Imigresen Harbin Tingkatkan Perkhidmatan Sempena Ekspo China-Rusia Ke-10
- Xi, Putin Utus Tahniah Perasmian Ekspo China-Rusia ke-10
- Putin Lawat China Bermula Selasa Depan
- Menteri Luar China, Rusia Adakan Perbincangan di Beijing
- Xi Bertemu Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov Di Beijing




